Setiap orang ada cara yang berbeza untuk mengatasi masalah
berangan ni. So, dalam blog ni adalah review daripada beberapa cadangan di
blog-blog dan komen-komen yang mungkin dapat membantu.
Cara mengatasi
Maladaptive Daydreaming
- Tentukan apa punca
korang berangan
Setiap orang ada sesuatu
yang menjadi punca mereka berangan. Contohnya muzik movie/drama, novel dan
kebosanan. Maybe korang boleh fikir dan catat apa yang menyebabkan korang
berangan. So, dari sini korang cuba sedikit demi sedikit untuk alihkan
perhatian korang daripada buat sesuatu benda yang menjadi punca korang
berangan. Contohnya, muzik menyebabkan korang berkhayal. So, cuba kurangkan
lagu yang ada dilaptop/phone korang. Kurangkan download movie dan sedikit demi
sedikit cuba buat aktiviti lain contohnya masak atau apa-apa sahaja.. Means, cuba buat aktiviti yang menggalakkan korang lupa nak berangan dan rasa seronok bila buat benda tu. Tapi elakkan daripada buat aktiviti yang boleh mendorong korang berangan (avoid trigger). Cari hobi dan jadikan hobi tu habbit, so dari situ korang dapat kurangkan habbit berangan dengan aktiviti lain.
Sibukkan diri dan elakkan berlengah-lengah
Aku pasti setiap orang
mesti ada kerja yang sepatutnya mereka siapkan. Even orang yang dekat rumah pun
ada kerja jugak (menyapu, kemas bilik or even mandi) Lebih-lebih lagi orang
muda mesti ada kerja. So, caranya cuba sentiasa buat list apa kerja yang korang
kena buat. Bermula daripada kerja paling penting hingga kurang penting atau
bermula dari kerja yang paling senang/susah hingga benda yang paling
senang/susah. Ikut kesesuaian masing-masing, jangan terlalu memaksa nak buat
yang susah dulu sebab kalau korang kurang mampu takut nanti korang give up
hasilnya takut korang berlengah and at last korang tak buat apa-apa (tapi kalau
benda ni jadi kat korang just mulakan balik dan perbetulkan apa yang salah,
don’t stop!! Buat lagi walau berapa banyak kali korang kecundang!!). Bagi
sesetengah orang yang malas nak bawak buku nota kesana kemari untuk tengok
list. Pakai je phone korang and install la “to-do-list” dekat Playstore tu.
Cari yang menarik perhatian so buat korang lebih semangat. Bila dah buat list
cuba sedaya upaya ikut list korang tu dan capai goal untuk habiskan setiap list
tu!! Kalau korang dapat capai goal tu aku pasti mesti rasa bahagia semacam. So,
dari sini reward la diri korang. Means kalau korang suka berangan reward la
dengan berangan sekejap tapi jangan ambik masa terlalu lama. Reward tu boleh
tapi kena control jugak.
- Elak daripada benci diri sendiri
Sesetengah daripada
orang yang ada MD ni dia benci dengan diri sendiri sebab kesukaran dia untuk
mengawal diri dia daripada berangan. Berangan buat dia sukar untuk buat
kerja-kerja seharian dia. Seolah-olah macam dia “addicted” dengan berangan ni.
Tambahan orang yang suka berangan ni sebenarnya dia kurang suka dengan
kehidupan sebenar dia tu. Kalau boleh dia nak jadi seperti apa yang dia
angankan. Kehidupan dia di alam realiti ni antara sedar atau tidak dia rasakan
sangat membosankan dan dia inginkan sesuatu yang lebih dari apa yang dia ada.
Sebab lain mungkin dia menderita dan rasa depress dengan kehidupan sebenar dia.
Dia nak lari daripada kesunyian yang dia alami atau lari daripada penderitaan
yang dia alami dalam dunia nyata atau kedua-duanya sekali. Maka, disebabkan dia
rasa dia tak mampu nak selesaikan masalahnya atau kesunyiannya dia memilih
untuk menjadi pasif dengan berangan. Bila dia dah mula berangan dia rasa
seronok dan terus-menerus dia lakukan perkara yang sama hingga dia tersedar
yang berangan tu sudah mentadatangkan kesan buruk pada diri sendiri. Okay, aku
nak bagitau kalau korang rasa macam apa yang aku cerita kat atas ni korang cuba
untuk tukarkan apa yang korang angankan ke alam realiti. Contohnya korang
angankan nak jadi best student (untuk student) cuba usaha untuk jadi the best
(tapi cliché sgt kan). Okay aku bagi yang tak cliché, korang nak kahwin dengan
orang kaya (jangan menyampah pulak ni contoh je). Korang buatlah research apa
ciri-ciri bini orang-orang kaya ni, contohnya salah satu ciri-cirinya adalah
cantik dan bijak, makanya jagalah muka dan badan dalam masa sama tuntulah ilmu.
Nampak macam salah niat kan… jangan salah faham. Aku bukan suruh korang belajar
dengan berniatkan yang bukan-bukan. Sudah semestinya bukan. Ini kira
macam nak kurangkan atau nak menguruskan (manage) masalah Maladaptive
Daydreaming korang tu. Jadi sebenarnya ini cuma salah satu daripada alternatif
yang mungkin korang nak cuba. Kalau menjadi teruskanlah sampai niat korang
berubah kearah yang baik. Alaa, dia macam mak mak nak ajar anak puasa la, mak
cakap sape puasa penuh dapat duit raya, so anak-anaknya pun puasa dengan tujuan
nak dapat duit raya. Lepastu bila lama-lama sebab dah biasa, dah tau apa tujuan
sebenar puasa, lama-lama tak payah duit raya pun takpe sebab niat dah betul dan
lebih mudah nak laksanakan. Akhirnya, bila korang dah berjaya mencapai apa yang
korang inginkan korang akan lebih yakin untuk jadi diri korang yang sebenar dan
bergembira di alam realiti korang. So Maladaptive Daydreaming orang dapat
dirawat!!
Kalau kat Malaysia ni
pergilah ke psychiatric berdekatan. Ceritakan pada doktor apa masalah korang.
Jujur pada dia mungkin dia boleh cadangkan terapi atau ubat yang sesuai untuk
korang. Diorang tu doktor so diorang lebih tau kan. So, jangan malu pergi je,
at least ini menggambarkan yang korang ada effort untuk betulkan keadaan (tuhan
bantu orang yang berusaha). Kalau ada masalah kewangan pergi hospital kerajaan
pun dah ada psychiatric. Ingat ye psychiatric ni bukan untuk orang gila je tu
cuma stigma masyarakat mundur. Psychiatric ni untuk semua yang ada masalah
mental. Selain itu, kaunselor pun boleh sebab diorang pun ada kaitan dengan
bidang mental jugak. la untuk elak stress kan.
Orang putih cakap pasal
MD ni ayat dia “when you’re in love with your daydreams, you’re in love with…..NOTHING”.
Aku setuju dengan kata-kata ni. Korang kena sentiasa sedar dan ingatkan diri
korang yang korang bukan apa yang korang khayalkan tu. BUKAN!! Korang kena
sentiasa ingatkan diri korang yang korang belum jadi kaya, terkenal atau orang
paling cantik atau handsome di dunia dan korang juga bukan pasangan orang yang
korang angankan tu!!. Korang cuma orang yang sedang membeku di alam realiti!!
Agak sukar untuk korang tinggalkan khayalan korang sebab korang rasa ianya
terlau seronok dan sempurna. Tapi, percayalah selagi korang berangan tanpa
usaha realitinya korang tak ada apa-apa. Orang-orang disekeliling korang
pandang korang still nothing!! Sebab diorang tak nampak pun kejayaan korang.
So, korang kena sentiasa sedar siapa diri korang, dari mana asal usul diri
korang. Sukar untuk kita lari dari godaan khayalan tapi percayalah anda tergoda
dengan perkara yang sia-sia yang akhirnya korang tak dapat apa-apa yang korang
dapat hanyalah penyesalan. Agak kasar kan tapi inilah realitinya. Kalau perut
korang lapar takkan korang nak berangan korang tengah makan kan. Tetap tak
kenyang kan. Dari sinilah penyesalan korang bermula. Tapi kalau korang
pada tahap menyesal ni korang jagan mengalah teruskan hidup dan mulakan dari
bawah. Selagi korang hidup korang tak pernah terlambat (quote dari siapa entah tapi bagus quote ni).
- Jaga kesihatan mental
dan fizikal
Ni paling common.
Masalah MD ni sebab kesihatan mental korang. Aku penah terbaca dekat Malaysia kesedaran
berkenaan kesihatan mental masih kurang. Penderaan mental di mana-mana
contohnya cyber bully. Salah satu cara menjaga kesihatan mental dan fizikal adalah pergi
beriadah, kalau tak nak ramai-ramai pun beriadah sorang-sorang pun takpe,
jogging, atau zumba sorang kat rumah atau paling malas pun jalan-jalan tengok
pokok-pokok kat luar pun takpe. Kalau lagi malas pegi luar je lepastu duduk
tengok suasana luar elakkan asyik terperap. Ini
untuk menenangkan hati. So, kena elak stress, pressure dan
depression. Punca-punca kuat berangan ni antaranya adalah berkait dengan
depression. Symptom depression adalah kuat berangan. Korang nak keluar daripada
masalah korang (escape problem) atau tak nak fikir masalah korang dengan cara
mengalihkan fikiran korang kepada berangan. Contohnya, bila korang fikir
masalah, korang akan jadi sedih, marah, dan tertekan, dari situ korang nak
keluar dari perasan yang menyakitkan tu dengan cara berangan untuk
membahagiakan hati korang dan hilangkan segala kesedihan sampailah korang
ketagihan berangan. Tapi pesakit MD kena sedar dengan cara berangan, kesedihan akan
berhenti sementara dan ia akan timbul balik masa khayalan korang terhenti. So,
cuba jangan jadikan berangan sebagai penyelesaian masalah. Okay, cara nak elak
symptom ni salah-satunya adalah dengan cukup tidur, kajian mendapati orang yang kurang tidur
(terutama wanita) emosinya akan lebih mudah terganggu. Selain tu, makan makanan sihat iaitu jaga
fizikal elak penyakit. Elak penyakit ni contohnya masalah pencernaan
(digestion) (contohnya sembelit). Kajian mendapati orang yang mempunyai masalah
pencernaan lebih mudah berkhayal. Macam takde kena mengena
kan berkhayal dengan system digest, tapi ada kajian pasal ni so kajian tu cakap ada kena mengena.
So, kurangkan makan-makanan ringan dan makanan proses serta jangan makan
terlalu berlebihan. Tapi bukan nak suruh sihatkan sistem pencernaan korang je,
tapi jagalah semua. Ketiga, beriadah, aku dah terang kat atas tu. ada banyak
lagi cara nak jaga mental dan fizikal ni. Korang google la atau korang sendiri
dah tau. Tapi yang aku bagi penekanan kat sini adalah mental korang sebab
tengah berbincang berkenaan MD kan tapi still berkait dengan fizikal sebab
fizikal tak sihat susah untuk kita jaga mental.
Cara ini untuk orang
islam. So, yang islam aku cadangkan jangan tinggal solat dan baca alquran sebab
selain daripada kewajipan, solat juga menyihatkan fizikal dan mental kita
(google sendiri kebaikan solat dari segi saintifik). Bagi orang islam juga,
rajin-rajinlah jumpa orang yang pandai dalam agama. Orang yang faham agama akan
lebih tenang dalam menangani apa juga ujian dan musibah yang menimpanya sebab
diorang sangat percaya segala-galanya sudah termaktub dan segala ujian dan
dugaan didunia hanya sementara dan tuhan menguji hambanya yang dia sayang
selain itu jika ada musibah didunia ia hanyalah untuk menghapuskan dosa-dosa
hambanya (see, segala-galanya positive). Korang pergilah jumpa orang yang
pandai agama dan dapatkan tips-tips dari diorang untuk elak daripada berkhayal
secara berlebihan ni sebab memang ada disebut dalam islam tentang berkhayal ni.
Jangan malu okay… Sebenarnya dalam islam memang dah disebut pasal masalah
mental ni cuma, contoh yang paling
mudah dalam islam ada mengatakan dengan berzikir hati akan menjadi tenang. So,
itu kira terapi kita sebagai orang islam. Lagi satu bersyukur
dengan apa yang ada. Mungkin kehidupan korang tak sesempurna apa yang
ada dalam khayalan korang (tuhan lebih mengetahui apa yang korang perlukan)
tapi korang kena sedar rezeki atau kelebihan yang Allah bagi pada korang yang
korang selama ni korang tak nampak. So, kaji kelebihan diri.
Ini cuma beberapa cara
yang mungkin korang boleh ikut. Selain itu, korang jugak boleh follow Dr. Schupak dan Dr. Somer (aku tau dua ni je
yang lain korang cubalah cari). Dua orang doktor ni ada kaji pasal MD ni dan
ada jugak artikel-artikel orang putih cerita pengalaman MD diorang ni. So,
korang bacalah mungkin dapat bantu.
p/s maaf jika tulisan ini kurang memuaskan, aku cuma penulis amatur dan menulis untuk menyebarkan sesuatu yang mungkin berguna pada sesetengah orang.