Monday, September 11, 2017

Pengalaman Pesakit Maladaptive Daydreaming

Masalah panjang angan-angan jarang nak dibincangkan, mungkin kesakitan yang dialami oleh orang-orang yang mempunyai masalah ini tak boleh nampak dimata kasar tapi pedihnya dia saja yang tahu.

Dekat sini aku nak bagitau you are not alone, kenapa aku cakap macam ni? sebab selain daripada korang ada juga orang lain yang mengalami masalah ini. Cuma korang tak jumpa satu sama lain je. 

Ramai yang pendamkan masalah yang mereka alami dengan sebab pelbagai faktor contohnya takut diejek, judge dan malu. Tapi percayalah yang korang tak keseorangan, dan mungkin kalau rezeki korang dapat jumpa orang yang sama masalah dengan korang. 

Apa yang aku nak tulis ni hanyalah beberapa pengalaman orang yang pernah mengalami Maladaptive Daydreaming. Sebenarnya ramai lagi tapi aku cuma mampu review sikit je sebab tak mampu nak tulis banyak-banyak. Apa yang aku tulis ni cuma nak guide korang je supaya korang boleh cari lagi banyak. 

Aku review ni adalah daripada blog-blog orang. Diorang ni ceriatakan masalah diorang dekat blog

1. Blog: Diary of Nobody
Beliau ni menulis diary online di blog tapi secara anonymous. Aku suka baca blog dia tapi last dia update blog tahun 2013. Dia mula ada masalah berangan ni masa dia kecik dan sampai umur dia 20 tahun beliau masih buat perkara yang sama. Dia akan berangan bila dia start dengar musik. Dia akan bagitau mak dia yang dia nak masuk bilik sebab nak dengar musik tapi sebenarnya apa yang dia buat adalah bila dia dah start dengar lagu dia akan kehulu kehilir macam orang tengah kebingungan sambil dengar lagu dan dalam masa yang sama berangan. Dia banyak menghabiskan keseorangan dengan tujuan berangan. Dia memang ada buat pembacaan berkenaan dengan masalah yang dia alami dan dia ada bagitau Shaun (member dia kot) berkenaan masalah dia. Tapi dalam blog tu dia seolah-olah masih keliru. Dia sendiri masih tak tau jalan penyelesaiannya. Tapi diakhir update blog dia agak menyedihkan sebab dia tulis dia nak cuba bunuh diri dan harap apa yang dia buat menjadi... TAPI aku tak buat tanggapan apa-apa terhadap dia, Aku hanya mampu harap dia sihat dan gembira..

2. Quora: Claudia Azula

Beliau mempunyai masalah MD disebabkan masalah keluarga yang beliau alami. Beliau didera/dipukul semasa beliau kanak-kanak dan tidak mendapat kasih sayang yang sewajarnya daripada keluarga. Berangan adalah cara beliau keluar daripada realiti yang menyakitkan. Menurut beliau berangan ni memberi dia ilusi bahawa dia tuhan yang mengawal segala gerak geri dalam dunia fantasi dia. Menurut dia lagi, MD ni menghalang orang daripada mempunyai hubungan yang realiti. Aku ambik cerita dia ni sebab dia ada nyatakan sekali ada 12 langkah untuk merawat masalah ini. Tapi dia juga bagitau yang dia tak boleh nak buat sendiri dan dia cadangkan untuk ambil bantuan terapi. 

Link 12 langkah tersebut: http://www.healthguidance.org/entry/15944/1/Can-Maladaptive-Daydreaming-Be-Treated.html

3. Youtube: Jerry Banfield

Dia ni dalam video berapa kali cakap perkataan pray.. Secara keseluruhannya, apa yang dia cuba nak sampaikan dekat video dia adalah dia suruh kita Be Thankfull.. Tak perlu nak jadi orang lain. Menurut Jerry Banfield ni masalah kalau kita berangan kita akan lupa perkara-perkara atau peluang-peluang baik yang datang kepada kita. Jerry ni bagi contoh dulu masa sekolah ada perempuan suka dia tapi dia tolak perempuan tu sebab dia sibuk dengan angan-angan dia, dia tak nampak kebaikan perempuan tu sebab dia sibuk dengan angan-angan dia.

Detailnya,, boleh tgk cek link dibawah


Link: https://www.youtube.com/watch?v=WJ70-2wOWnQ


Sebenarnya  jumpa banyak lagi tapi macam aku cakap ni cuma petunjuk asas saja. Agak busy nak tulis banyak, nanti kalau ada masa tulisan ni akan diupdate dari semasa ke semasa. InsyaAllah.. 

4 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Kalau kena md kena jumpa doktor ka?.. Perkara ni bahaya ka?

    ReplyDelete
  4. Hai awak, baru harini saya jumpak page awak dan kebetulan memang ini la yang saya tercari-cari selama ni. Sebab awak tak sendirian, saya alami perkara yang sangat sama dengan awak. Jujur saya cakap, saya nak sangat berhenti dari berangan, sebab sometimes saya rasa malu dan sedih dengan diri saya sendiri. Saya sedar saya tengah berangan tpi susah betul nak berhenti. Bila berangan sesuatu dimana saya letakkan diri saya as a main character, boleh dikatakan setiap hari saya repeat berangan benda yang sama dan kekadang saya cuba ubah "jalan cerita" untuk jadi menarik. Haihh, jujur saya takut kalau ditakdirkan orang keliling saya tahu keadaan saya, takut disisihkan takut dipandang buruk takut segalanya. Tapi dalam masa yang sama, saya suka dengan angan-ii saya sendiri sebab dengan berangan tu, ada yang boleh hilangkan rasa sedih dan stress saya, dan ada jugak yang kekadang bagi saya rasa stress sebab tak dapat apa yang diangankan tu. Apapun saya doakan awak yang terbaik dalam kehidupan awak, keep strong, kita fight sama-ii ya awak even saya tahu, sangat susah untuk adapt benda macam ni, tambah-ii time kita cuba start nk kawal drp berangan, makin menjadi-ii rasa nak berangan tu. Pernah jugak, cuba untuk kawla diri dengan cara sentiasa dgn fmaily, tk duduk sorang-ii, tpi saya mmg tak boleh kawal, mesti akan berangan jugak dan cuba sebaik mungkin untuk orang tk perasan. Sometimes lepas saya sedar, saya rasa sedih, sebab even dgn family pun saya boleh macam tu lagi. If you dont mind, boleh tak saya nk tau apa yang awak dah buat untuk kawal MDD ni, perlu tak saya dapatkan rawatan atau jumpa pakar? Saya tkut dengan pandangan orang sebab tu sampai sekarang saya tak pernah nak jumpa pakar, then saya tk berani nak statekan diri saya ni as someone yang ada MDD ni. Apapun terima kasih sangat-ii sebb share benda-ii macam ni, hope ramai lagi ambil cakna pasal MDD ni, InsyaAllah.

    ReplyDelete