Wednesday, July 13, 2016

Cara mengatasi maladaptive daydreaming (MD) atau Kuat Berangan


Setiap orang ada cara yang berbeza untuk mengatasi masalah berangan ni. So, dalam blog ni adalah review daripada beberapa cadangan di blog-blog dan komen-komen yang mungkin dapat membantu. 

Cara mengatasi Maladaptive Daydreaming
  • Tentukan apa punca korang berangan

Setiap orang ada sesuatu yang menjadi punca mereka berangan. Contohnya muzik movie/drama, novel dan kebosanan. Maybe korang boleh fikir dan catat apa yang menyebabkan korang berangan. So, dari sini korang cuba sedikit demi sedikit untuk alihkan perhatian korang daripada buat sesuatu benda yang menjadi punca korang berangan. Contohnya, muzik menyebabkan korang berkhayal. So, cuba kurangkan lagu yang ada dilaptop/phone korang. Kurangkan download movie dan sedikit demi sedikit cuba buat aktiviti lain contohnya masak atau apa-apa sahaja.. Means, cuba buat aktiviti yang menggalakkan korang lupa nak berangan dan rasa seronok bila buat benda tu. Tapi elakkan daripada buat aktiviti yang boleh mendorong korang berangan (avoid trigger). Cari hobi dan jadikan hobi tu habbit, so dari situ korang dapat kurangkan habbit berangan dengan aktiviti lain. 

Sibukkan diri dan elakkan berlengah-lengah

Aku pasti setiap orang mesti ada kerja yang sepatutnya mereka siapkan. Even orang yang dekat rumah pun ada kerja jugak (menyapu, kemas bilik or even mandi) Lebih-lebih lagi orang muda mesti ada kerja. So, caranya cuba sentiasa buat list apa kerja yang korang kena buat. Bermula daripada kerja paling penting hingga kurang penting atau bermula dari kerja yang paling senang/susah hingga benda yang paling senang/susah. Ikut kesesuaian masing-masing, jangan terlalu memaksa nak buat yang susah dulu sebab kalau korang kurang mampu takut nanti korang give up hasilnya takut korang berlengah and at last korang tak buat apa-apa (tapi kalau benda ni jadi kat korang just mulakan balik dan perbetulkan apa yang salah, don’t stop!! Buat lagi walau berapa banyak kali korang kecundang!!).  Bagi sesetengah orang yang malas nak bawak buku nota kesana kemari untuk tengok list. Pakai je phone korang and install la “to-do-list” dekat Playstore tu. Cari yang menarik perhatian so buat korang lebih semangat. Bila dah buat list cuba sedaya upaya ikut list korang tu dan capai goal untuk habiskan setiap list tu!! Kalau korang dapat capai goal tu aku pasti mesti rasa bahagia semacam. So, dari sini reward la diri korang. Means kalau korang suka berangan reward la dengan berangan sekejap tapi jangan ambik masa terlalu lama. Reward tu boleh tapi kena control jugak.

  •  Elak daripada benci diri sendiri

Sesetengah daripada orang yang ada MD ni dia benci dengan diri sendiri sebab kesukaran dia untuk mengawal diri dia daripada berangan. Berangan buat dia sukar untuk buat kerja-kerja seharian dia. Seolah-olah macam dia “addicted” dengan berangan ni. Tambahan orang yang suka berangan ni sebenarnya dia kurang suka dengan kehidupan sebenar dia tu. Kalau boleh dia nak jadi seperti apa yang dia angankan. Kehidupan dia di alam realiti ni antara sedar atau tidak dia rasakan sangat membosankan dan dia inginkan sesuatu yang lebih dari apa yang dia ada. Sebab lain mungkin dia menderita dan rasa depress dengan kehidupan sebenar dia. Dia nak lari daripada kesunyian yang dia alami atau lari daripada penderitaan yang dia alami dalam dunia nyata atau kedua-duanya sekali. Maka, disebabkan dia rasa dia tak mampu nak selesaikan masalahnya atau kesunyiannya dia memilih untuk menjadi pasif dengan berangan. Bila dia dah mula berangan dia rasa seronok dan terus-menerus dia lakukan perkara yang sama hingga dia tersedar yang berangan tu sudah mentadatangkan kesan buruk pada diri sendiri. Okay, aku nak bagitau kalau korang rasa macam apa yang aku cerita kat atas ni korang cuba untuk tukarkan apa yang korang angankan ke alam realiti. Contohnya korang angankan nak jadi best student (untuk student) cuba usaha untuk jadi the best (tapi cliché sgt kan). Okay aku bagi yang tak cliché, korang nak kahwin dengan orang kaya (jangan menyampah pulak ni contoh je). Korang buatlah research apa ciri-ciri bini orang-orang kaya ni, contohnya salah satu ciri-cirinya adalah cantik dan bijak, makanya jagalah muka dan badan dalam masa sama tuntulah ilmu. Nampak macam salah niat kan… jangan salah faham. Aku bukan suruh korang belajar dengan berniatkan yang bukan-bukan. Sudah semestinya bukan. Ini kira macam nak kurangkan atau nak menguruskan (manage) masalah Maladaptive Daydreaming korang tu. Jadi sebenarnya ini cuma salah satu daripada alternatif yang mungkin korang nak cuba. Kalau menjadi teruskanlah sampai niat korang berubah kearah yang baik. Alaa, dia macam mak mak nak ajar anak puasa la, mak cakap sape puasa penuh dapat duit raya, so anak-anaknya pun puasa dengan tujuan nak dapat duit raya. Lepastu bila lama-lama sebab dah biasa, dah tau apa tujuan sebenar puasa, lama-lama tak payah duit raya pun takpe sebab niat dah betul dan lebih mudah nak laksanakan. Akhirnya, bila korang dah berjaya mencapai apa yang korang inginkan korang akan lebih yakin untuk jadi diri korang yang sebenar dan bergembira di alam realiti korang. So Maladaptive Daydreaming orang dapat dirawat!!

  • Terapi dan ubat-ubatan

Kalau kat Malaysia ni pergilah ke psychiatric berdekatan. Ceritakan pada doktor apa masalah korang. Jujur pada dia mungkin dia boleh cadangkan terapi atau ubat yang sesuai untuk korang. Diorang tu doktor so diorang lebih tau kan. So, jangan malu pergi je, at least ini menggambarkan yang korang ada effort untuk betulkan keadaan (tuhan bantu orang yang berusaha). Kalau ada masalah kewangan pergi hospital kerajaan pun dah ada psychiatric. Ingat ye psychiatric ni bukan untuk orang gila je tu cuma stigma masyarakat mundur. Psychiatric ni untuk semua yang ada masalah mental. Selain itu, kaunselor pun boleh sebab diorang pun ada kaitan dengan bidang mental jugak. la untuk elak stress kan.

  • Periksa khayalan korang

Orang putih cakap pasal MD ni ayat dia “when you’re in love with your daydreams, you’re in love with…..NOTHING”. Aku setuju dengan kata-kata ni. Korang kena sentiasa sedar dan ingatkan diri korang yang korang bukan apa yang korang khayalkan tu. BUKAN!! Korang kena sentiasa ingatkan diri korang yang korang belum jadi kaya, terkenal atau orang paling cantik atau handsome di dunia dan korang juga bukan pasangan orang yang korang angankan tu!!. Korang cuma orang yang sedang membeku di alam realiti!! Agak sukar untuk korang tinggalkan khayalan korang sebab korang rasa ianya terlau seronok dan sempurna. Tapi, percayalah selagi korang berangan tanpa usaha realitinya korang tak ada apa-apa. Orang-orang disekeliling korang pandang korang still nothing!! Sebab diorang tak nampak pun kejayaan korang. So, korang kena sentiasa sedar siapa diri korang, dari mana asal usul diri korang. Sukar untuk kita lari dari godaan khayalan tapi percayalah anda tergoda dengan perkara yang sia-sia yang akhirnya korang tak dapat apa-apa yang korang dapat hanyalah penyesalan. Agak kasar kan tapi inilah realitinya. Kalau perut korang lapar takkan korang nak berangan korang tengah makan kan. Tetap tak kenyang kan. Dari sinilah penyesalan korang bermula. Tapi kalau korang  pada tahap menyesal ni korang jagan mengalah teruskan hidup dan mulakan dari bawah. Selagi korang hidup korang tak pernah terlambat (quote dari siapa entah tapi bagus quote ni).

  • Jaga kesihatan mental dan fizikal
Ni paling common. Masalah MD ni sebab kesihatan mental korang. Aku penah terbaca dekat Malaysia kesedaran berkenaan kesihatan mental masih kurang. Penderaan mental di mana-mana contohnya cyber bully. Salah satu cara menjaga kesihatan mental dan fizikal adalah pergi beriadah, kalau tak nak ramai-ramai pun beriadah sorang-sorang pun takpe, jogging, atau zumba sorang kat rumah atau paling malas pun jalan-jalan tengok pokok-pokok kat luar pun takpe. Kalau lagi malas pegi luar je lepastu duduk tengok suasana luar elakkan asyik terperap. Ini untuk menenangkan hati. So, kena elak stress, pressure dan depression. Punca-punca kuat berangan ni antaranya adalah berkait dengan depression. Symptom depression adalah kuat berangan. Korang nak keluar daripada masalah korang (escape problem) atau tak nak fikir masalah korang dengan cara mengalihkan fikiran korang kepada berangan. Contohnya, bila korang fikir masalah, korang akan jadi sedih, marah, dan tertekan, dari situ korang nak keluar dari perasan yang menyakitkan tu dengan cara berangan untuk membahagiakan hati korang dan hilangkan segala kesedihan sampailah korang ketagihan berangan. Tapi pesakit MD kena sedar dengan cara berangan, kesedihan akan berhenti sementara dan ia akan timbul balik masa khayalan korang terhenti. So, cuba jangan jadikan berangan sebagai penyelesaian masalah. Okay, cara nak elak symptom ni salah-satunya adalah dengan cukup tidur, kajian mendapati orang yang kurang tidur (terutama wanita) emosinya akan lebih mudah terganggu. Selain tu, makan makanan sihat iaitu jaga fizikal elak penyakit. Elak penyakit ni contohnya masalah pencernaan (digestion) (contohnya sembelit). Kajian mendapati orang yang mempunyai masalah pencernaan lebih mudah berkhayal. Macam takde kena mengena kan berkhayal dengan system digest, tapi ada kajian pasal ni so kajian tu cakap ada kena mengena. So, kurangkan makan-makanan ringan dan makanan proses serta jangan makan terlalu berlebihan. Tapi bukan nak suruh sihatkan sistem pencernaan korang je, tapi jagalah semua. Ketiga, beriadah, aku dah terang kat atas tu. ada banyak lagi cara nak jaga mental dan fizikal ni. Korang google la atau korang sendiri dah tau. Tapi yang aku bagi penekanan kat sini adalah mental korang sebab tengah berbincang berkenaan MD kan tapi still berkait dengan fizikal sebab fizikal tak sihat susah untuk kita jaga mental.

  • Solat dan Alquran
Cara ini untuk orang islam. So, yang islam aku cadangkan jangan tinggal solat dan baca alquran sebab selain daripada kewajipan, solat juga menyihatkan fizikal dan mental kita (google sendiri kebaikan solat dari segi saintifik). Bagi orang islam juga, rajin-rajinlah jumpa orang yang pandai dalam agama. Orang yang faham agama akan lebih tenang dalam menangani apa juga ujian dan musibah yang menimpanya sebab diorang sangat percaya segala-galanya sudah termaktub dan segala ujian dan dugaan didunia hanya sementara dan tuhan menguji hambanya yang dia sayang selain itu jika ada musibah didunia ia hanyalah untuk menghapuskan dosa-dosa hambanya (see, segala-galanya positive). Korang pergilah jumpa orang yang pandai agama dan dapatkan tips-tips dari diorang untuk elak daripada berkhayal secara berlebihan ni sebab memang ada disebut dalam islam tentang berkhayal ni. Jangan malu okay… Sebenarnya dalam islam memang dah disebut pasal masalah mental ni cuma, contoh yang paling mudah dalam islam ada mengatakan dengan berzikir hati akan menjadi tenang. So, itu kira terapi kita sebagai orang islam. Lagi satu bersyukur dengan apa yang ada. Mungkin kehidupan korang tak sesempurna apa yang ada dalam khayalan korang (tuhan lebih mengetahui apa yang korang perlukan) tapi korang kena sedar rezeki atau kelebihan yang Allah bagi pada korang yang korang selama ni korang tak nampak. So, kaji kelebihan diri.

Ini cuma beberapa cara yang mungkin korang boleh ikut. Selain itu, korang jugak boleh follow Dr. Schupak dan Dr. Somer (aku tau dua ni je yang lain korang cubalah cari). Dua orang doktor ni ada kaji pasal MD ni dan ada jugak artikel-artikel orang putih cerita pengalaman MD diorang ni. So, korang bacalah mungkin dapat bantu.
p/s maaf jika tulisan ini kurang memuaskan, aku cuma penulis amatur dan menulis untuk menyebarkan sesuatu yang mungkin berguna pada sesetengah orang. 

24 comments:

  1. Alhamdulillah...artikel ny sngat bagus...saya suka😊

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah...artikel ny sngat bagus...saya suka😊

    ReplyDelete
  3. I have this symptoms and i hateit tq forthe article

    ReplyDelete
  4. harap sangat lepas baca article ni, dapat kurangkan berangan tu hehe. insyaAllah. terima kasih for shares the article

    ReplyDelete
  5. Asalamualaikum , sy ada kena siptoms di atas sejak berusia 10 tahun lagi sehingga sekarang, sy mmg susah nak buang tabiat berangan sya. Sy lebih suka menyendiri di rumah daripada bertegur sapa dgn saudara mara walaupun jarak rumah kami cuma 4meter.😥

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita samalah.. Hurmm saya kena sejak umur 15 tahun

      Delete
  6. Ubat dan petuanya mudah dan free. Ada yg tak nak pecaya cari jugak cara yg mahal dengan supplement la apa lah. Last2 lagi tambah penyakit ada lah. Suka hati lah, masuk wad katil masing2.Ha ha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Andre...Boleh anda kongsikan apakah ubat/treatment untuk masalah ini?

      Delete
  7. Hai Terima kasih saya Harap saya dapat mengatasi masalah ini. Saya kena ni sejak umur 14 tahun Mase tu saya tiada sesorang kawan pun dan hidup tak senang. Sejak tu saya tak sedar saya kena masalah ni. Benda ni banyak menganggu hidup saya. Saya sudah Hilang Arah Tapi Cuba bangkit utk pulih diri saya. Harap Ada yang sudi membantu saya . Terima kasih share actkel ni Harap dpt mbntu sy mengatasi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah dengan saya . Harp kite dpt membantu diri kita

      Delete
  8. saya Dah kena ni mungkim dri sch rndah.
    mungkin dri tadika. sbb cikgu tadika penah complain saya suka berangan.
    kalau waktu kecik paling extreme tgh berjalan boleh bercakap sorg. sy anggap sy cakap dengan clone sy dlm dunia khayalan sy. dh besarni ok sikit. tpi atas jalan bila drive otak tak pernah tak melayang sentiasa ke alam sy.
    dan sy baru tahu ini satu penyakit.
    sy asal nk tidur mesti nk kena sejuk kan hati sendiri. xleh tdo awal nk jgk berangan smpai kekadang fed up..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya sama pun fed up. Tapi kadan2 ni je buat kite happy.. Tp tula ia bahya. Org xpnh memhmi kite utk berubah

      Delete
  9. Tenkiu for the sharing. Baru tau ni satu penyakit jugak haha�� adoi mmg dri kecik kiat berangan n main sorg2.. Sampai ke besar bila mula berangan tu mula laa cakap sorg2 mcm kita kat alam lain huhu.. Tapi bila baca2 simptom2 dia tak semuanya saya jadi.. Saya seorg yg bersosial n saya suka bergaul dgn org.. Tapi saya still ada md ni.. Cuma sya jenis cepat hlg fokus dan suka cakap sorg2 bila bosan or duduk sorg2..
    Sya akan creat cerita yg sya nak adoi.. Dia cam utk hilangkan bosan n sedapkan hati happykan hati dgn lifr yg kita nK.. herm bahaya nya.. Semoga dapat busykan diri lagii �� selalu kalau busy dgn event takpa plak.. Huhuu tq for the info!

    ReplyDelete
  10. joging 10 round dan hiking sebulan sekali...boleh hilang kn ketagihan ni...let try....

    ReplyDelete
  11. Disebabkan aku kuat berangan aku sukar fokus dlm kelas kadang2 cakap satu topik terus berangan ke lain sampai skarang ni takleh Henti lagi.Terima kasih bagi ilmu yang bermanfaat INI....

    ReplyDelete
  12. Saya ingat saya bersendirian sbb tksemua org di sekeliling saya faham apa yg saya rasa. Saya takut nk luah bcs I thought everyone has their own problem why I need to involve them..

    ReplyDelete
  13. saya juga ada masalah seperti ini semenjak saya kecil lagi sehingga sekarang......hm....sedihnya

    ReplyDelete
  14. Saya pon ada masalah seperti inijugak. Lagi-lagi time pkp nihh,makin teruk jadinya. So, saya search kat gugel and terjumpa artikel nii...Alhamdulillah sangat berguna bagi saya. Inshallah saya akan cuba ikut apa yang sis kongsikan tu. Kamsamida :)

    ReplyDelete
  15. sy kene penyakit ni dr umur 7 tahun masa ntu sy memang teruk la berangan sampai mk sy tengking pun tk dengar orng kene sentuh sy baru sy...sedar kawan ii pun tkde sangat sy sentisa menyendiri , sampai sekarang sy ade penyakit ni artikel ni bantu sy untuk lebih memhami tentang penyakit sy terima kasih

    ReplyDelete
  16. tips kpd yg susah tido sbb penyakit ni, korang boleh try focus dgr bunyi persekitaran contoh mcm bunyi kipas ka bunyi hujan kaa apa ii laa insyaallah boleh tidoq

    ReplyDelete
  17. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete