Boyfriend or girlfriend call setiap hari…… sweetnyeee :p
Mungkin benda ni agak cliché’ kalau aku bagi nasihat jangan
lebihkan bf or gf dan jangan pinggirkan ibu dan ayah sebab mak la yang
mengandungkan kita dan bapak la yang cari duit untuk kita (mak pun sama).
Cliché kan?
Okaylah I don’t care la , cliché
ke tak cliché. Masalahnya nasihat tu dah cliché tapi masalahnya perbuatan yang
nak ditegah tu tak pernah pulak jadi cliché. Benda baik semua dikatakan basi.
Aku bagi contoh la ye baju tutup aurat (real tutup aurat no ketat no pendek)
dikatanya kuno, berkawan sesama jenis dan tak banyak bergaul dengan lain jenis
dipandang rendah dan tak ikut trend (based on my teenage story), tak ambik tahu gossip terkini pasal hidup
orang lain dikatanya ketinggalan zaman. Ini contoh daripada observation tak
bertauliah aku. So please don’t hate me. I don’t want to be viral. Hahaha..
Actually aku nak cakap pasal
CERITA TIGA STUDENT UNIVERSITY
Let’s proceed to the story,
Roommate aku ni rimasss dengan
keadaan mak aku yang call aku setiap hari. Dalam satu hari tu ha atleast sekali
MAK akan call aku. Dia nak meluahkan rasa rimas dia, dia cakap dengan aku yang
mak dia tak macam tu pun, sebab mak dia tak nak ganggu dia katanya. Dekat bilik
ni aku bertiga, aku, sally dan ross (kedua-duanya bukan nama sebenar). Si sally
tu yang rimas dengan mak aku.
Dalam bilik ni pulak aku bukan
favorite. Si ross tu lagi suka sally berbanding aku sebab si Sally ramai kawan
dan nampak ada life, tapi aku ni nampak lifeless je sebab aku suka duduk rumah,
so dia cakap aku ni macam lifeless sebab tak keluar rumah dan tak ada sesiapa
yang berkawan dengan aku. So, si Ross tu pun cakap dengan aku dan sally, dia
cakap “itulah pasal mak aku langsung tak call aku, asyik aku je yang call dia
itupun kadang-kadang dia malas nak layan aku, ni pun dah lama tak contact,
teruk kan aku,, hahahaha” (ketawa dengan rasa bangga tapi ayat nak nampak
“baik” dan “merendah diri”). Aku tak cakap apa-apa, aku hanya diam dan sabar,
Tapi hari demi hari disebabkan
asyik diperli je dan seolah-olah bercakap tentang mak lama-lama aku limit
kesabaran hilang, kata-kata protect diri mula terkeluar à“kalau tak mak yang call, tanya
dengan penuh kasih sayang, ikhlas dan tak berpura-pura ambil berat pasal plus
tanpa minta balasan apa-apa pun, siapa lagi??”.lepastu aku sambung “
kalau satu hari aku hilang atleast mak aku yang akan curious dan suspicious, cari
aku bila aku tak angkat call, atleast ada probability aku akan dijumpai sebab
ada orang yang tau awal aku hilang”. Itulah yang aku terluah secara tak
sengaja. Then diorang just buat muka yang nampak tak setuju dengan kata-kata
aku. Masa awal-awal tu aku terangkan kat diorang yang aku ni anak bongsu, adik
beradik semua dah kahwin so mak aku nak call siapa lagi kalau bukan aku, adik-beradik
lain semua dah busy dengan family masing-masing. Abah pulak sibuk kerja untuk
tanggung mak and adik-adik tiri aku. So, aku tak nak la mak aku sunyi, aku
happy bila mak aku call, mak aku cuma ada aku je dan baru-baru ni pulak nenek
baru meninggal. Then aku agak sedih la dengan respon si Sally, dia cakap “bapak
aku dah meninggal, kakak dan abang aku semua pun dah kahwin tinggal aku dengan
adik aku je. Tapi mak aku tak call adik aku setiap hari pun. Sebab mak aku tak
nak ganggu kitorang”. Aku rasa sedih sebenarnya dengan kata-kata dia yang
seolah-olah bercakap tentang mak aku.
Fikiran aku meliar …..
aku cakap dalam hati “kalau kau ada boyfriend then dia call kau
hari-hari dan ajak kau bergayut dengan dia tiap-tiap malam itu dikira
mengganggu tak!!” lepastu aku jawab sendiri dalam
hati “bila dengan
boyfriend hari-hari boleh bergayut dekat phone, tapi bila mak yang call
dikatanya mengganggu”. itulah
yang terdetik dekat hati aku tapi aku tak terluah dimulut. Dia tak adalah
boyfriend tapi dia ada mesej dengan sorang lelaki fakulti engineering ni, muda
setahun dari kitorang. Dia suka dekat lelaki tu tapi lelaki tu dah ada
girlfriend. See masalah seantero dunia ni, terkejar-kejar benda yang bukan
milik kita tapi benda yang dah ada depan mata yang memang dah sedia ada sayang
kita, ambil berat pasal kita, tak nak dijaga. Kita call boyfriend atau
girlfriend kita sebab tak nak dia fikir bukan-bukan pasal kita, kita kesian
dekat dia sebab sunyi kalau kita tak call dia tapi ada tak kita pernah terfikir
pasal mak kita yang keseorangan, sunyi dan sakit tu. Dia pun
perlukan belaian kasih kita. Kita tak nampak dekat mana kesedihan dan kesakitan
dia sebab dia tak mengada-ngada macam boyfriend dan girlfriend kita yang kalau
tak call merajuk mintak dipujuk tu. Walaupun dia terlalu rindu dekat kita sebab
kita tak call dia, dia anggap kita busy dan dia maafkan kita. Tapi bila kita
tak call boyfriend atau girlfriend, terus boleh jadi gaduh, entah-entah putus
terus dan langsung tak ambil peduli hal masing-masing then nak move on punya
pasal cari orang lain. Tapi mak dan abah kita, bila kita call ada ke dia terus
tak mengaku anak dan nak lupakan kita dia pergi cari anak angkat. Takkk, aku
tak pernah dengar lagi kes macam ni.
Moral of the story yang dah
cliché ni,
fikirlah dengan hati yang merendah
diri kepada Allah.
No comments:
Post a Comment