Dekat sini aku nak bagitau you are not alone, kenapa aku cakap macam ni? sebab selain daripada korang ada juga orang lain yang mengalami masalah ini. Cuma korang tak jumpa satu sama lain je.
Ramai yang pendamkan masalah yang mereka alami dengan sebab pelbagai faktor contohnya takut diejek, judge dan malu. Tapi percayalah yang korang tak keseorangan, dan mungkin kalau rezeki korang dapat jumpa orang yang sama masalah dengan korang.
Apa yang aku nak tulis ni hanyalah beberapa pengalaman orang yang pernah mengalami Maladaptive Daydreaming. Sebenarnya ramai lagi tapi aku cuma mampu review sikit je sebab tak mampu nak tulis banyak-banyak. Apa yang aku tulis ni cuma nak guide korang je supaya korang boleh cari lagi banyak.
Aku review ni adalah daripada blog-blog orang. Diorang ni ceriatakan masalah diorang dekat blog
1. Blog: Diary of Nobody
Beliau ni menulis diary online di blog tapi secara anonymous. Aku suka baca blog dia tapi last dia update blog tahun 2013. Dia mula ada masalah berangan ni masa dia kecik dan sampai umur dia 20 tahun beliau masih buat perkara yang sama. Dia akan berangan bila dia start dengar musik. Dia akan bagitau mak dia yang dia nak masuk bilik sebab nak dengar musik tapi sebenarnya apa yang dia buat adalah bila dia dah start dengar lagu dia akan kehulu kehilir macam orang tengah kebingungan sambil dengar lagu dan dalam masa yang sama berangan. Dia banyak menghabiskan keseorangan dengan tujuan berangan. Dia memang ada buat pembacaan berkenaan dengan masalah yang dia alami dan dia ada bagitau Shaun (member dia kot) berkenaan masalah dia. Tapi dalam blog tu dia seolah-olah masih keliru. Dia sendiri masih tak tau jalan penyelesaiannya. Tapi diakhir update blog dia agak menyedihkan sebab dia tulis dia nak cuba bunuh diri dan harap apa yang dia buat menjadi... TAPI aku tak buat tanggapan apa-apa terhadap dia, Aku hanya mampu harap dia sihat dan gembira..
2. Quora: Claudia Azula
Beliau mempunyai masalah MD disebabkan masalah keluarga yang beliau alami. Beliau didera/dipukul semasa beliau kanak-kanak dan tidak mendapat kasih sayang yang sewajarnya daripada keluarga. Berangan adalah cara beliau keluar daripada realiti yang menyakitkan. Menurut beliau berangan ni memberi dia ilusi bahawa dia tuhan yang mengawal segala gerak geri dalam dunia fantasi dia. Menurut dia lagi, MD ni menghalang orang daripada mempunyai hubungan yang realiti. Aku ambik cerita dia ni sebab dia ada nyatakan sekali ada 12 langkah untuk merawat masalah ini. Tapi dia juga bagitau yang dia tak boleh nak buat sendiri dan dia cadangkan untuk ambil bantuan terapi.
Link 12 langkah tersebut: http://www.healthguidance.org/entry/15944/1/Can-Maladaptive-Daydreaming-Be-Treated.html
3. Youtube: Jerry Banfield
Dia ni dalam video berapa kali cakap perkataan pray.. Secara keseluruhannya, apa yang dia cuba nak sampaikan dekat video dia adalah dia suruh kita Be Thankfull.. Tak perlu nak jadi orang lain. Menurut Jerry Banfield ni masalah kalau kita berangan kita akan lupa perkara-perkara atau peluang-peluang baik yang datang kepada kita. Jerry ni bagi contoh dulu masa sekolah ada perempuan suka dia tapi dia tolak perempuan tu sebab dia sibuk dengan angan-angan dia, dia tak nampak kebaikan perempuan tu sebab dia sibuk dengan angan-angan dia.
Detailnya,, boleh tgk cek link dibawah
Link: https://www.youtube.com/watch?v=WJ70-2wOWnQ
Sebenarnya jumpa banyak lagi tapi macam aku cakap ni cuma petunjuk asas saja. Agak busy nak tulis banyak, nanti kalau ada masa tulisan ni akan diupdate dari semasa ke semasa. InsyaAllah..