Wednesday, July 13, 2016

Cara mengatasi maladaptive daydreaming (MD) atau Kuat Berangan


Setiap orang ada cara yang berbeza untuk mengatasi masalah berangan ni. So, dalam blog ni adalah review daripada beberapa cadangan di blog-blog dan komen-komen yang mungkin dapat membantu. 

Cara mengatasi Maladaptive Daydreaming
  • Tentukan apa punca korang berangan

Setiap orang ada sesuatu yang menjadi punca mereka berangan. Contohnya muzik movie/drama, novel dan kebosanan. Maybe korang boleh fikir dan catat apa yang menyebabkan korang berangan. So, dari sini korang cuba sedikit demi sedikit untuk alihkan perhatian korang daripada buat sesuatu benda yang menjadi punca korang berangan. Contohnya, muzik menyebabkan korang berkhayal. So, cuba kurangkan lagu yang ada dilaptop/phone korang. Kurangkan download movie dan sedikit demi sedikit cuba buat aktiviti lain contohnya masak atau apa-apa sahaja.. Means, cuba buat aktiviti yang menggalakkan korang lupa nak berangan dan rasa seronok bila buat benda tu. Tapi elakkan daripada buat aktiviti yang boleh mendorong korang berangan (avoid trigger). Cari hobi dan jadikan hobi tu habbit, so dari situ korang dapat kurangkan habbit berangan dengan aktiviti lain. 

Sibukkan diri dan elakkan berlengah-lengah

Aku pasti setiap orang mesti ada kerja yang sepatutnya mereka siapkan. Even orang yang dekat rumah pun ada kerja jugak (menyapu, kemas bilik or even mandi) Lebih-lebih lagi orang muda mesti ada kerja. So, caranya cuba sentiasa buat list apa kerja yang korang kena buat. Bermula daripada kerja paling penting hingga kurang penting atau bermula dari kerja yang paling senang/susah hingga benda yang paling senang/susah. Ikut kesesuaian masing-masing, jangan terlalu memaksa nak buat yang susah dulu sebab kalau korang kurang mampu takut nanti korang give up hasilnya takut korang berlengah and at last korang tak buat apa-apa (tapi kalau benda ni jadi kat korang just mulakan balik dan perbetulkan apa yang salah, don’t stop!! Buat lagi walau berapa banyak kali korang kecundang!!).  Bagi sesetengah orang yang malas nak bawak buku nota kesana kemari untuk tengok list. Pakai je phone korang and install la “to-do-list” dekat Playstore tu. Cari yang menarik perhatian so buat korang lebih semangat. Bila dah buat list cuba sedaya upaya ikut list korang tu dan capai goal untuk habiskan setiap list tu!! Kalau korang dapat capai goal tu aku pasti mesti rasa bahagia semacam. So, dari sini reward la diri korang. Means kalau korang suka berangan reward la dengan berangan sekejap tapi jangan ambik masa terlalu lama. Reward tu boleh tapi kena control jugak.

  •  Elak daripada benci diri sendiri

Sesetengah daripada orang yang ada MD ni dia benci dengan diri sendiri sebab kesukaran dia untuk mengawal diri dia daripada berangan. Berangan buat dia sukar untuk buat kerja-kerja seharian dia. Seolah-olah macam dia “addicted” dengan berangan ni. Tambahan orang yang suka berangan ni sebenarnya dia kurang suka dengan kehidupan sebenar dia tu. Kalau boleh dia nak jadi seperti apa yang dia angankan. Kehidupan dia di alam realiti ni antara sedar atau tidak dia rasakan sangat membosankan dan dia inginkan sesuatu yang lebih dari apa yang dia ada. Sebab lain mungkin dia menderita dan rasa depress dengan kehidupan sebenar dia. Dia nak lari daripada kesunyian yang dia alami atau lari daripada penderitaan yang dia alami dalam dunia nyata atau kedua-duanya sekali. Maka, disebabkan dia rasa dia tak mampu nak selesaikan masalahnya atau kesunyiannya dia memilih untuk menjadi pasif dengan berangan. Bila dia dah mula berangan dia rasa seronok dan terus-menerus dia lakukan perkara yang sama hingga dia tersedar yang berangan tu sudah mentadatangkan kesan buruk pada diri sendiri. Okay, aku nak bagitau kalau korang rasa macam apa yang aku cerita kat atas ni korang cuba untuk tukarkan apa yang korang angankan ke alam realiti. Contohnya korang angankan nak jadi best student (untuk student) cuba usaha untuk jadi the best (tapi cliché sgt kan). Okay aku bagi yang tak cliché, korang nak kahwin dengan orang kaya (jangan menyampah pulak ni contoh je). Korang buatlah research apa ciri-ciri bini orang-orang kaya ni, contohnya salah satu ciri-cirinya adalah cantik dan bijak, makanya jagalah muka dan badan dalam masa sama tuntulah ilmu. Nampak macam salah niat kan… jangan salah faham. Aku bukan suruh korang belajar dengan berniatkan yang bukan-bukan. Sudah semestinya bukan. Ini kira macam nak kurangkan atau nak menguruskan (manage) masalah Maladaptive Daydreaming korang tu. Jadi sebenarnya ini cuma salah satu daripada alternatif yang mungkin korang nak cuba. Kalau menjadi teruskanlah sampai niat korang berubah kearah yang baik. Alaa, dia macam mak mak nak ajar anak puasa la, mak cakap sape puasa penuh dapat duit raya, so anak-anaknya pun puasa dengan tujuan nak dapat duit raya. Lepastu bila lama-lama sebab dah biasa, dah tau apa tujuan sebenar puasa, lama-lama tak payah duit raya pun takpe sebab niat dah betul dan lebih mudah nak laksanakan. Akhirnya, bila korang dah berjaya mencapai apa yang korang inginkan korang akan lebih yakin untuk jadi diri korang yang sebenar dan bergembira di alam realiti korang. So Maladaptive Daydreaming orang dapat dirawat!!

  • Terapi dan ubat-ubatan

Kalau kat Malaysia ni pergilah ke psychiatric berdekatan. Ceritakan pada doktor apa masalah korang. Jujur pada dia mungkin dia boleh cadangkan terapi atau ubat yang sesuai untuk korang. Diorang tu doktor so diorang lebih tau kan. So, jangan malu pergi je, at least ini menggambarkan yang korang ada effort untuk betulkan keadaan (tuhan bantu orang yang berusaha). Kalau ada masalah kewangan pergi hospital kerajaan pun dah ada psychiatric. Ingat ye psychiatric ni bukan untuk orang gila je tu cuma stigma masyarakat mundur. Psychiatric ni untuk semua yang ada masalah mental. Selain itu, kaunselor pun boleh sebab diorang pun ada kaitan dengan bidang mental jugak. la untuk elak stress kan.

  • Periksa khayalan korang

Orang putih cakap pasal MD ni ayat dia “when you’re in love with your daydreams, you’re in love with…..NOTHING”. Aku setuju dengan kata-kata ni. Korang kena sentiasa sedar dan ingatkan diri korang yang korang bukan apa yang korang khayalkan tu. BUKAN!! Korang kena sentiasa ingatkan diri korang yang korang belum jadi kaya, terkenal atau orang paling cantik atau handsome di dunia dan korang juga bukan pasangan orang yang korang angankan tu!!. Korang cuma orang yang sedang membeku di alam realiti!! Agak sukar untuk korang tinggalkan khayalan korang sebab korang rasa ianya terlau seronok dan sempurna. Tapi, percayalah selagi korang berangan tanpa usaha realitinya korang tak ada apa-apa. Orang-orang disekeliling korang pandang korang still nothing!! Sebab diorang tak nampak pun kejayaan korang. So, korang kena sentiasa sedar siapa diri korang, dari mana asal usul diri korang. Sukar untuk kita lari dari godaan khayalan tapi percayalah anda tergoda dengan perkara yang sia-sia yang akhirnya korang tak dapat apa-apa yang korang dapat hanyalah penyesalan. Agak kasar kan tapi inilah realitinya. Kalau perut korang lapar takkan korang nak berangan korang tengah makan kan. Tetap tak kenyang kan. Dari sinilah penyesalan korang bermula. Tapi kalau korang  pada tahap menyesal ni korang jagan mengalah teruskan hidup dan mulakan dari bawah. Selagi korang hidup korang tak pernah terlambat (quote dari siapa entah tapi bagus quote ni).

  • Jaga kesihatan mental dan fizikal
Ni paling common. Masalah MD ni sebab kesihatan mental korang. Aku penah terbaca dekat Malaysia kesedaran berkenaan kesihatan mental masih kurang. Penderaan mental di mana-mana contohnya cyber bully. Salah satu cara menjaga kesihatan mental dan fizikal adalah pergi beriadah, kalau tak nak ramai-ramai pun beriadah sorang-sorang pun takpe, jogging, atau zumba sorang kat rumah atau paling malas pun jalan-jalan tengok pokok-pokok kat luar pun takpe. Kalau lagi malas pegi luar je lepastu duduk tengok suasana luar elakkan asyik terperap. Ini untuk menenangkan hati. So, kena elak stress, pressure dan depression. Punca-punca kuat berangan ni antaranya adalah berkait dengan depression. Symptom depression adalah kuat berangan. Korang nak keluar daripada masalah korang (escape problem) atau tak nak fikir masalah korang dengan cara mengalihkan fikiran korang kepada berangan. Contohnya, bila korang fikir masalah, korang akan jadi sedih, marah, dan tertekan, dari situ korang nak keluar dari perasan yang menyakitkan tu dengan cara berangan untuk membahagiakan hati korang dan hilangkan segala kesedihan sampailah korang ketagihan berangan. Tapi pesakit MD kena sedar dengan cara berangan, kesedihan akan berhenti sementara dan ia akan timbul balik masa khayalan korang terhenti. So, cuba jangan jadikan berangan sebagai penyelesaian masalah. Okay, cara nak elak symptom ni salah-satunya adalah dengan cukup tidur, kajian mendapati orang yang kurang tidur (terutama wanita) emosinya akan lebih mudah terganggu. Selain tu, makan makanan sihat iaitu jaga fizikal elak penyakit. Elak penyakit ni contohnya masalah pencernaan (digestion) (contohnya sembelit). Kajian mendapati orang yang mempunyai masalah pencernaan lebih mudah berkhayal. Macam takde kena mengena kan berkhayal dengan system digest, tapi ada kajian pasal ni so kajian tu cakap ada kena mengena. So, kurangkan makan-makanan ringan dan makanan proses serta jangan makan terlalu berlebihan. Tapi bukan nak suruh sihatkan sistem pencernaan korang je, tapi jagalah semua. Ketiga, beriadah, aku dah terang kat atas tu. ada banyak lagi cara nak jaga mental dan fizikal ni. Korang google la atau korang sendiri dah tau. Tapi yang aku bagi penekanan kat sini adalah mental korang sebab tengah berbincang berkenaan MD kan tapi still berkait dengan fizikal sebab fizikal tak sihat susah untuk kita jaga mental.

  • Solat dan Alquran
Cara ini untuk orang islam. So, yang islam aku cadangkan jangan tinggal solat dan baca alquran sebab selain daripada kewajipan, solat juga menyihatkan fizikal dan mental kita (google sendiri kebaikan solat dari segi saintifik). Bagi orang islam juga, rajin-rajinlah jumpa orang yang pandai dalam agama. Orang yang faham agama akan lebih tenang dalam menangani apa juga ujian dan musibah yang menimpanya sebab diorang sangat percaya segala-galanya sudah termaktub dan segala ujian dan dugaan didunia hanya sementara dan tuhan menguji hambanya yang dia sayang selain itu jika ada musibah didunia ia hanyalah untuk menghapuskan dosa-dosa hambanya (see, segala-galanya positive). Korang pergilah jumpa orang yang pandai agama dan dapatkan tips-tips dari diorang untuk elak daripada berkhayal secara berlebihan ni sebab memang ada disebut dalam islam tentang berkhayal ni. Jangan malu okay… Sebenarnya dalam islam memang dah disebut pasal masalah mental ni cuma, contoh yang paling mudah dalam islam ada mengatakan dengan berzikir hati akan menjadi tenang. So, itu kira terapi kita sebagai orang islam. Lagi satu bersyukur dengan apa yang ada. Mungkin kehidupan korang tak sesempurna apa yang ada dalam khayalan korang (tuhan lebih mengetahui apa yang korang perlukan) tapi korang kena sedar rezeki atau kelebihan yang Allah bagi pada korang yang korang selama ni korang tak nampak. So, kaji kelebihan diri.

Ini cuma beberapa cara yang mungkin korang boleh ikut. Selain itu, korang jugak boleh follow Dr. Schupak dan Dr. Somer (aku tau dua ni je yang lain korang cubalah cari). Dua orang doktor ni ada kaji pasal MD ni dan ada jugak artikel-artikel orang putih cerita pengalaman MD diorang ni. So, korang bacalah mungkin dapat bantu.
p/s maaf jika tulisan ini kurang memuaskan, aku cuma penulis amatur dan menulis untuk menyebarkan sesuatu yang mungkin berguna pada sesetengah orang.